Saturday, 18 May 2013

Serius VS - Pelakon Dan Watak Bersejarah Yang Dilakonkan Mereka #2 (16 Gambar)


Sambungan!

Sambungan dari entri yang kami paparkan sebelum ini. Kali ini kami rasakan Gary Oldman sebagai Sid Vicious dan Val Kilmer sebagai Jim Morrison adalah terbaik!


Serius LOL - Mashup Azwan Ali + Dr Rozmey Edisi Jepun


LOOOOOOOOOL!

Jepun....... semua benda ada. Hibrid Azwan Ali dan Dr Rozmey pun ada!

Thanks @_LoveShak


Serius LOL - PopTeeVee : Apa Lagi Cina Mahu?


Kah kah kah!

Popteevee always win!


Serius Cool - Cosplay Watak Lelaki Oleh Cosplayer Wanita (20 gambar)


Sexy Geeks!

Sebelum ini kami pernah paparkan cosplay Loki Laufesyson yang dimainkan diperagakan oleh cosplayer Brianna Lamb . Hari ini mari lihat lagi cosplayer wanita memperagakan watak komik dan filem lelaki.



Serius Cool - Radial Hell : Motosikal Berenjin Kapal Terbang (20 Gambar)


Very Nice!

Pernahkah anda melihat motosikal berkuasa jet? Of course you have pasal kami pernah paparkan Harley Davidson berkuasa jet sebelum ini. Hari ini mari lihat Radial Hell, sebuah motosikal yang berkuasa kapal terbang radial. Ianya dibina oleh pembina motosikal custom terkenal Jesse James pada tahun 2007. Enjin sebuah kapal terbang keluaran Rotec dengan 7 silinder 110 kuasa kuda Radial Hell menjadikan ianya antara motosikal paling cool pernah kami lihat. Seriously.... motosikal berkuasa enjin kapal terbang adalah sangat win!



Friday, 17 May 2013

Serius Sadis - Maserati Bernilai RM 1.3 Juta Dimusnahkan Pemilik Yang Marah (9 Gambar)


Untunglah kaya!

Di Qingdao China seorang pemilik Maserati Quattroporte memusnahkan kereta mewah bernilai RM 1.3 juta kerana marah dengan kualiti kereta yang dibelinya. Menurut laporan berita, pemilik ini marah kerana sejak kereta ini dibeli pada tahun 2011, kereta ini kerap rosak dan bahan ganti yang digunakan adalah tidak berkualiti. Kerana sudah tidak tahan beliau memusnahkan kereta beliau dengan menggunakan tukul besi. Untunglah kaya dan boleh musnahkan kereta dengan sesuka hati. Proton Saga FL kami agak sucks tetapi kami tak akan musnahkan kerana kami miskin gila!



Serius Cool - Muzium Keretapi SCMaglev and Railway Park Di Nagoya (28 Gambar)


Choo choo!

Agak lama juga kami tidak memaparkan muzium yang cool di Blogserius. Hari ini mari melawat Muzium Keretapi SCMaglev and Railway Park yang terletak di Nagoya Jepun. Muzium ini dikendalikan oleh syarikat keretapi Central Japan Railway Company dan dibuka sejak 14 Mac 2011. Muzium ini mempunyai koleksi kesemua keretapi yang pernah digunakan oleh syarikat Central Japan Railway Company termasuk kesemua keretapi peluru Shinkansen. Selain itu keretapi eksperimental MagLev terpantas dunia MLX01-1 juga dipamerkan di sini. Anda juga boleh menaiki simulator keretapi dan melihat teknologi disebalik pengendalian keretapi dulu dan sekarang. Mohon Keretapi Tanah Melayu akan membuka muzium keretapi mereka sendiri. Kami di Blogserius pasti melawat dan paparkannya disini. Coolness!



Serius LOL - 10 Perkara Yang Membuatkan Minah - Minah Gembira


LULZ!

Watch it for eye cancer only sia!

Thanks @AliffBakhrojin 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails